Australia tawar AUD$1 juta ganjaran bagi kanak-kanak hilang

SYDNEY, 21 OKT – Pihak berkuasa Australia hari ini menawarkan AUD$1 juta (AS$750,000) kepada sesiapa yang memberikan maklumat kehi-langan seorang kanak-kanak perempuan bernama Cleo Smith (gambar), 4 tahun.

Kanak-kanak itu disyaki diculik pada Sabtu lalu dari sebuah tapak perkhemahan terpencil di barat Australia ketika bersama keluarganya, sekali gus mendorong operasi pencarian menyeluruh menerusi udara, laut dan darat.

Selepas enam hari gagal dikesan di sekitar tapak perkhemahan Blowholes iaitu kawasan pelancongan pesisir pantai kira-kira 1,000 kilometer ke utara Perth, polis memutuskan terpaksa ‘meminta segera’ bantuan orang awam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Australia Barat, ColBlanch, berkata seseorang pasti tahu apa berlaku terhadap Cleo.Seseorang ada maklumat yang boleh membantu, sekarang terdapat sejuta alasan kenapa awda perlu tampil ke hadapan,” katanya.

Menurut Detektif Superitendan Rod Wilde, siasatan sekarang membuatkan pihaknya percaya bahawa mangsa dibawa keluar dari khemah.”Kita berharap dapat menemui Cleo masih hidup tetapi kita sangat bimbang dengan keselamatannya,” katanya pada sidang media.

Kehilangan Cleo meraih perhatian seluruh negara itu dengan ramai rakyat Australia meluahkan kesedihan menerusi media sosial. – AFP