Australia tawar pembiayaan iklim

SYDNEY, 13 OGOS – Australia hari ini menawarkan pakej perubahan iklim AUD$500 juta (AS$340 juta) kepada negara-negara Pasifik namun menerima respons dingin dari negara-negara kawasan rendah berhampiran laut yang memerlukan tindakan segera daripada negara-negara jiran mereka untuk mengekang pencemaran karbon.

Perdana Menteri Scott Morrisson mengatakan pembiayaan, diperuntukkan dari bajet antarabangsa sedia ada Australia, akan membantu negara-negara Pasifik melabur dalam tenaga boleh diperbaharui dan usaha mapan perubahan iklim.

Pemimpin yang prihatin terhadap iklim membuat pengumuman itu sebelum menghadiri Forum Pulau Pasifik (PIF) di Tuvalu, di mana negara-negara pulau diancam kenaikan paras laut, berikrar untuk menjadikan pemanasan global sebagai agenda utama. – AFP