Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Australia tawar suntikan keempat buat individu 30 ke atas

    SYDNEY, 7 JULAI – Australia akan menawarkan vaksin COVID keempat kepada semua orang berusia 30 tahun ke atas, kata pihak berkuasa kesihatan hari ini, ketika hospital dipenuhi dengan pesakit dalam gelombang jangkitan musim sejuk.

    Kerajaan berkata ia merekomenkan suntikan keempat buat individu berusia 50 tahun ke atas – namun juga menawarkannya kepada sesiapa yang berusia 30 tahun ke atas meskipun manfaatnya kepada kumpulan usia muda masih belum jelas. Ia disusuli dengan rekomendasi oleh badan penasihat imunisasi teratas, yang mengatakan ia menyedari orang muda mungkin mahukan dos penggalak pada musim sejuk, meskipun kesannya kepada mereka ‘masih belum jelas tetapi sepertinya akan dihadkan’.

    Australia sebelumnya merekomenkan suntikan keempat hanya untuk orang yang berusia 65 tahun serta kepada golongan rentan, termasuk mereka yang lemah sistem imun. Ketika ini, lebih banyak jangkitan varian Omicron BA.4 dan BA.5 berlaku dalam penduduk, jumlah pesakit hospital Australia dijangkiti COVID telah melonjak lebih 1,000 orang dalam masa sebulan kepada kira-kira 3,900, dengan 140 orang kini dalam unit rawatan rapi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...