Australia tekad pindah konsulat

SYDNEY, 16 Dis – Perdana menteri konservatif Australia hari ini mempertahankan keputusannya untuk mengisytiharkan Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel, sekalipun berdepan kritikan daripada negara-negara berjiran beragama Islam.

Canberra menjadi sebahagian sebilangan kecil kerajaan yang mengikuti jejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mendahului dan mengiktiraf bandar yang dipertikaikan itu sebagai ibu negara Israel, menurut Perdana Menteri Scott Morrison, semalam.

Namun perpindahan konsulat yang dipertikaikan dari Tel Aviv – satu cadangan yang dibuat semasa pemilihan penting di mana pengkritik berkata ia dibuat untuk menarik perhatian para pengundi Yahudi – yang tidak akan berlaku sehingga satu perjanjian damai dicapai.

Negara jiran Australia, Malaysia hari ini berkata ‘ia benar-benar menentang’ keputusan negara itu untuk mengiktiraf Baitulmaqdis barat.

Pengumuman itu adalah “tidak matang dan satu penghinaan kepada warga Palestin dan kesukaran mereka untuk menentukan hak nasib sendiri,” menurut kerajaan dalam satu kenyataan yang menyokong solusi dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Jiran terdekat Australia, Indonesia, negara paling ramai penduduk beragama Islam, berang dengan cadangan perpindahan konsulat itu menjelang pemilihan dan semalam berkata ia ‘menyedari’ keputusan itu.

Memetik respons Jakarta, Morrison hari ini berkata reaksi antarabangsa telah ‘diukur dan keputusannya akan mengarah kepada solusi dua negara. – AFP

Gambar fail bertarikh 24 Ogos lalu menunjukkan Scott Morrison ketika mengadakan sidang media di Canberra, Australia. Kini negara itu mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel. – AFP