Australia terima tawaran ambil 450 pelarian

SYDNEY, 24 MAC – Australia hari ini menerima tawaran lama New Zealand untuk mengambil ratusan pelarian yang ditahan selama bertahun-tahun di kem terpencil di bawah ‘penyelesaian Pasifik’ dasar imigresen Canberra.

Perjanjian itu yang pada awalnya dicadangkan pada 2013, akan melibatkan New Zealand mengalu-alukan 150 pelarian setiap tahun selama tiga tahun selepas mereka ditapis oleh agensi pelarian PBB (UNHCR).

“Kami berbesar hati dapat memberikan penempatan semula bagi para pelarian yang jika tidak akan terus berdepan ketidakpastian masa depan,” kata Menteri Imigresen New Zealand, Kris Faafoi.

Dalam kenyataan bersama dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Australia, Karen Andrews, Faafoi berkata persetujuan itu mencerminkan ‘sejarah panjang yang dibanggakan mengenai penempatan semula pelarian’.

Wellington pertama kali membuat tawaran pada ketika itu apabila Australia berusaha untuk menyekat jumlah tinggi pencari perlindungan yang tiba menggunakan bot.

Canberra menghantar mereka ke kem penahanan di negara Pasifik, Nauru dan Papua New Guinea, berikrar tidak ada pencari perlindungan yang tiba menggunakan bot akan dibenarkan untuk tinggal secara tetap di Australia. – AFP

Gambar fail bertarikh 7 Januari 2022 menunjukkan seorang pembantah di luar Hotel Park menggesa pembebasan pelarian yang ditahan di Melbourne, Australia. – AP