Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Australia tidak akan laksana semula sekatan

-

CANBERRA, 30 NOV – Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata sekatan pergerakan tidak akan dikenakan ke atas negara ini di tengah-tengah perkembangan terkini mengenai varian baharu COVID-19 dikenali Omicron, lapor Xinhua.

Morrison hari ini mengadakan mesyuarat dengan pemimpin negeri dan wilayah untuk membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil susulan perkembangan terbaharu itu.

Sebelum mesyuarat itu, Morrison berkata kerajaan persekutuan, negeri dan wilayah sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati tetapi menolak bahawa sekatan pergerakan akan dikenakan semula. 

Beliau berkata sempadan domestik dijangka akan tetap dibuka menjelang perayaan Krismas.

“Kami tidak akan kembali kepada sekatan pergerakan. Tiada seorang pun daripada kami mahukan itu,” katanya kepada pemberita di Canberra pada Selasa.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Greg Hunt hari ini berkata kerajaan persekutuan berpendapat varian Omicron “boleh dikendalikan”.

Sehingga Selasa, enam kes varian baharu telah dikesan di Australia.

Australia juga telah melaporkan lebih 1,100 kes baharu COVID-19 dan sembilan kematian ketika negara itu berusaha memerangi gelombang ketiga jangkitan.

Majoriti kes baharu dilaporkan di Victoria, negeri kedua paling ramai penduduk.

Menurut Jabatan Kesihatan, sehingga Isnin sebanyak 92.4 peratus rakyat Australia berumur 16 tahun ke atas sudah mendapat satu dos vaksin COVID-19 manakala 87 peratus menerima dos kedua. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -