SYDNEY, 30 MAC – Kawasan pantai Australia Byron Bay, terkenal dengan penghuni selebriti dan pantai cantik, ditenggelami air banjir hari ini ketika ribut teruk sekali lagi melanda kawasan timur negara itu.
Hujan lebat yang bermula pada Isnin turun tanpa henti-henti, dengan hampir 11.8 inci hujan turun di kawasan itu dalam 24 jam, memaksa banyak kedai di pusat bandar Byron Bay ditutup kerana jalan raya terputus akibat paras air meningkat.
Jalan yang biasanya sibuk di Byron, didereti dengan restoran popular, kedai pakaian dan bar – lengang, berubah menjadi sungai oleh air banjir setinggi satu meter.
Di bandar berhampiran Alstonville, 420 milimeter hujan turun dalam 24 jam.
Pada petang ini, terdapat 16 arahan pemindahan dikeluarkan di seluruh rantau yang terjejas, menggesa ribuan penduduk supaya meninggalkan rumah dan berpindah ke tempat lebih tinggi.
Dalam tempoh beberapa minggu kawasan timur Australia telah dilanda cuaca melampau, didorong oleh pola cuaca La Nina dan perubahan iklim.
Hujan lebat dan banjir telah membunuh sekurang-kurangnya 22 orang sejak awal Februari. – AP