Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia tingkatkan usaha tangani masalah dadah

    SYDNEY, 19 Sept – Kerjasama dengan China dan negara-negara pengeluar utama dadah lain akan dikukuhkan di bawah strategi baru yang didedahkan hari ini untuk memerangi kebanjiran syabu yang memasuki Australia yang telah menyaksikan peningkatan penggunaan syabu tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun.

    Dengan harga runcit sebenar meningkat, Australia semakin menjadi destinasi menarik bagi penyeludup dadah, yang telah menjadikannya pengguna syabu tertinggi per kapita di dunia.

    Menteri Kehakiman Michael Keenan berkata adalah jelas lebih banyak yang perlu dilakukan untuk menghentikan narkotik sampai ke Australia dan hanya boleh dicapai dengan meningkatkan hubungan dengan agensi-agensi luar negara.

    “Kita tidak perlu berunding di sini, di Australia menantikan dadah-dadah ini sampai ke pesisir kita tetapi kita perlu ke luar pesisir dan melakukan apa yang boleh untuk menghalang bekalan,” katanya lagi.

    “Permintaan itu masih begitu tinggi di Australia dan penjenayah-penjenayah terancang dari seluruh dunia ingin sekali terlibat dalam pasaran ini.”

    Gambar fail – Polis Australia ketika menemui dadah methamphetamine yang bernilai AS$162 juta pada tahun 2014. – AFP

    laporan Suruhanjaya Jenayah Australia dalam tahun 2015 mendapati bahawa AS$80 bagi satu gram syabu di China, kira-kira 270,000 pengguna di Australia perlu membayar AS$500 bagi jumlah sama.

    Keenan berkata perisikan menunjukkan China dan India adalah sumber utama bahan kimia yang diperlukan membuat syabu, manakala China dan Myanmar adalah pengeluar terkenal produk ini.

    Rangkaian pengagihan berkembang di Vietnam, Kemboja dan bahagian-bahagian lain di Asia Tenggara.

    Strategi baru akan melibatkan pengukuhan pengaturan perkongsian maklumat dengan Interpol dan Europol untuk dengan lebih baik lagi mengenal pasti kumpulan jenayah terancang.

    Australia akan juga bekerjasama lebih rapat dengan agensi-agensi penguat kuasa undang-undang rakan sejawatan di tanah besar China, Hong Kong, Taiwan dan rantau Mekong di Asia Tenggara untuk menumpaskan sindiket-sindiket dan mengekori pergerakan wang.

    Polis Persekutuan Australia menekankan tentang kejayaan penerusan operasi bersama antara Australia dan China sejak 2015 yang telah menghalang 13 tan dadah, termasuklah enam tan syabu, dari sampai ke Australia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda