Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Australia tolak cadangan henti projek arang batu baharu

    SYDNEY, 29 JUN – Menteri perubahan iklim Australia hari ini menolak cadangan untuk menghentikan sementara projek arang batu dan gas yang baharu di negara itu, yang merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak fosil terbesar dunia.

    Kerajaan komited untuk lebih bercita-cita mengurangkan pencemaran selepas ia dilantik dalam pilihan raya Mei lalu, berharap untuk menghapuskan reputasi negara itu sebagai ketinggalan dalam tindakan iklim.

    Namun persoalan mengenai sektor perlombongan minyak fosil Australia telah menjadi pertikaian antara pihak kerajaan dan parti Greens, yang mendapat sokongan semasa pilihan raya.

    Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga, Chris Bowen menolak cadangan menggantungkan projek gas dan arang batu yang baharu apabila ditanya oleh wartawan hari ini jika beliau akan mempertimbangkan cadangan parti Greens.

    “Tidak,” jawab Bowen, dan berkata beliau menghormati kedudukan parti Greens namun parti Buruh sudah bermandat kepada pengundi yang memberikan mereka keputusan majoriti untuk membentuk sebuah kerajaan yang lengkap.

    Bowen berkata dia memberitahu parti Greens dan ahli-ahli parlimen bebas bahawa kerajaan gembira melihat pada ‘cadangan wajar yang memenuhi agenda kerajaan’.

    Pemimpin Greens, Adam Bandt memberitahu AFP bulan ini bahawa bagi partinya, yang kini mempunyai keseimbangan kuasa dalam Senat, sokongan parti Buruh bagi 114 lombong arang batu dan gas yang baharu sudah berjalan di seluruh negara, telah menjadi isu utama.

    “Kita tidak menamatkan perang perubahan iklim dengan membuka lombong arang batu dan gas yang baharu,” katanya.

    Australia merupakan salah sebuah daripada tiga pengeksport arang batu dan gas terbesar dunia, namun negara itu terdedah kepada perubahan iklim – yang dapat dilihat sejak beberapa tahun kebelakangan dengan kejadian kemarau, kebakaran hutan dan banjir – membuatkan para pengundi semakin lantang. – AFP

    Sebuah kilang arang batu terletak di selatan Sydney, Australia. Menteri perubahan iklim Australia menolak cadangan untuk menghentikan sementara projek arang batu dan gas yang baharu di negara itu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...