SYDNEY, 15 MAC – Australia hari ini mengumumkan sesiapa saja yang tiba di negara ini, akan dikenakan kuarantin diri mandatori selama 14 hari, bagi mengekang penularan COVID-19.
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Scott Morrison, berkata semua pihak harus bersedia menghadapi beberapa perubahan dalam cara menjalani kehidupan harian.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa semua kapal persiaran akan disekat sepenuhnya, sekali gus menjangkakan trafik pelawat menurun dengan pantas.
“Jika pasangan anda berkunjung ke Bali dan pulang, serta datang bekerja dan duduk di sebelah anda, mereka melakukan satu kesalahan,” katanya.
Morrison berkata, Australia merekodkan 269 kes COVID-19, setakat ini, dengan sebilangan besar kes baharu kini adalah daripada Amerika Syarikat (AS). – AFP
