Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Australia umum pakej sokongan banjir

    CANBERRA, 1 NOV – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengumumkan pakej Sokongan Pemulihan sebanyak AU$877 juta (AS$561.2 juta) untuk mangsa banjir, lapor Xinhua.

    Pakej bantuan itu untuk membantu perniagaan, badan amal dan pengeluar utama yang terjejas akibat krisis banjir yang melanda Victoria pada pertengahan Oktober.

    Menerusi skim itu, perniagaan sederhana dan besar yang terjejas secara langsung akibat banjir akan menerima geran pemulihan sehingga AU$200,000 (AS$128,000).

    Pengeluar utama dan pemilik tanah luar bandar layak mendapat geran bernilai sehingga AU$75,000 (AS$48,000) dan perniagaan kecil serta organisasi bukan keuntungan akan diperuntukkan sehingga AU$50,000 (AS$32,000).

    Albanese berkata pakej bantuan pusingan baharu itu akan membantu perniagaan untuk bangkit semula.

    Beribu-ribu rumah dan perniagaan ditenggelami banjir akibat hujan lebat di Victoria, negeri kedua paling ramai penduduk. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...