Australia Utara berdepan sekatan sehingga 2022

SYDNEY, 11 OGOS – Wilayah Australia Utara akan ditutup untuk pengunjung dari kawasan titik panas penularan virus itu selama 18 bulan lagi untuk melindungi penduduk asli Aborigin yang besar dan mudah terdedah di sana, kata pihak berkuasa hari ini.

Wilayah utara mempunyai penduduk berjumlah sekitar 250,000 orang, 30 peratus daripadanya adalah orang asli menurut angka kerajaan.

“Kami akan melaksanakan kawalan sempadan yang ketat sekurang-kurangnya 18 bulan ke depan. Dan kami berusaha supaya kami dapat melakukannya,” kata ketua menteri Australia Utara, Michael Gunner kepada ABC.

Aborigin Australia dianggap lebih berisiko terhadap penyakit COVID-19 kerana faktor sosio-ekonomi dan budaya yang mempengaruhi kesukaran akses kepada rawatan perubatan dan kesihatan yang terhad.

Banyak puak orang asli bimbang virus itu dapat menyebar ke dalam masyarakat peribumi terpencil di mana perkhidmatan kesihatan amat terhad.

“Inilah yang saya rasa harus saya lakukan untuk memastikan penduduk asli Australia tetap selamat,” kata Gunner.

Wilayah utara telah mencatatkan beberapa kes virus dan tidak ada kes kematian sejak awal penularan wabak itu.

Australia, yang telah mencatatkan hampir 22,000 kes dan 332 kematian akibat virus itu, juga telah menutup sempadan antarabangsa. – AFP

Pegawai polis menahan sebuah kereta untuk pemeriksaan permit di Melbourne, semasa penutupan sekatan bandar tahap keempat yang ketat kerana wabak COVID-19. Negeri Victoria itu melaporkan 19 kematian akibat COVID-19 kelmarin. – AFP