Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Austria larang perhimpunan

    VIENNA, 15 MAC – Austria hari ini melarang perhimpunan yang melebihi lima orang dan memberitahu penduduk untuk tidak keluar rumah tanpa keperluan, dalam usaha untuk membendung koronavirus.

    Pihak polis akan menguatkuasakan sekatan baharu ke atas orang awam, menurut kerajaan, mengancam untuk mengeluarkan saman jika tidak bekerjasama.

    Langkah-langkah tegas ini diputuskan selepas sidang parlimen, iaitu semasa Konsulat Sebastian Kurz menyeru penduduk Austria untuk melakukan pengasingan diri dan membataskan kontak dengan ‘individu yang tinggal bersama mereka.’

    Orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah untuk pergi ke tempat kerja, membeli makanan atau membantu yang lain, beliau berkata.

    “Kebebasan untuk bergerak di negara kita akan menjadi semakin terbatas,” Kurz berkata, menambah langkah-langkah tersebut ‘perlu untuk menjaga kesihatan penduduk Austria’.

    Hari ini, Austria mencatatkan 800 kes koronavirus baharu dan dua kematian.

    Kafe, kedai makan, taman permainan, kemudahan sukan akan ditutup, berikutan pengumuman pada Jumaat lalu menutup kedai-kedai yang kurang penting.

    Segala perhimpunan luar turut dilarang, Kurz berkata, dan orang ramai akan dibenarkan untuk keluar rumah secara bersendirian atau ditemani oleh orang yang tinggal bersama mereka, kata beliau dalam kenyataan. – AFP

    Dataran Landhausplatz di Innsbruck, sebuah tempat awam di Austria kelihatan kosong berikutan penularan wabak COVID-19. Pihak kerajaan turut mengeluarkan perintah berkurung bagi orang ramai dan mengehadkan perjalanan.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda