Austria longgar perintah berkurung mulai 14 April

VIENNA, 6 APRIL – Austria mungkin melonggarkan pe-rintah berkurung koronavirus mulai minggu depan, kata Canselor Sebastian Kurz hari ini, tetapi mengingatkan ia bergantung pada rakyat sama ada mematuhi peraturan penjarakkan sosial.

“Tujuannya adalah mulai 14 April, kedai lebih kecil sehingga saiz 400 meter persegi, serta kedai perkakasan dan kebun boleh dibuka sekali lagi, di bawah syarat-syarat keselamatan yang ketat,” kata Kurz pada persidangan akhbar.

Beliau menambah jika jadual masa kerajaan berjalan seperti yang dirancang, kedai lebih besar akan dibuka semula pada 1 Mei dan mulai pertengahan Mei, hotel, restoran dan perkhidmatan lain juga mungkin membuka pintu mereka secara berperingkat.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa sekatan ke atas pergerakan yang diperkenalkan oleh Austria untuk memerangi penularan COVID-19 masih dikekalkan dan meminta warga Austria supaya jangan merai Easter bersama orang di luar keluarga mereka. Sekolah masih ditutup sehingga pertengahan Mei dan acara awam tetap diharamkan sehingga akhir Jun, kata Kurz.

Jika trend dalam jangkitan mula bertambah teruk lagi, kerajaan “sentiasa mempunyai kemungkinan untuk mengenakan kecemasan’ dan memperkenalkan semula sekatan,” kata beliau. Negara dengan 8.8 juta penduduk itu kini mempunyai 12,058 kes disahkan, dengan 204 kematian dan 2,998 orang telah sembuh. – AFP

Canselor Austria Sebastian Kurz mengadakan sidang akhbar kelmarin di Vienna, di tengah pandemik COVID-19. – AFP