Austria taruhan perlumbaan F1

PARIS, 27 APRIL – Ketua Formula Satu Chase Carey kelmarin menyasarkan musim yang dilanda koronavirus akan akhirnya bermula di Austria pada 5 Julai selepas Grand Prix Perancis telah dibatalkan dan peminat ditegah dari perlumbaan Britain di Silverstone.

Grand Prix Perancis, yang akan dilangsungkan pada 28 Jun, merupakan perlumbaan ke-10 musim ini yang dibatalkan atau ditunda.

“Kami menyasarkan memulakan perlumbaan di Eropah pada keseluruhan bulan Julai, Ogos dan permulaan bulan September, dengan perlumbaan pertama akan mengambil tempat di Austria pada hujung minggu pada 3 hingga 5 Julai,”kenyataan dari Carey.

“September, October dan November, akan menyaksikan kami berlumba di Eurasia, Asia dan Amerika, menghabiskan musim ini di rantau Teluk pada bulan Disember dengan Bahrain selepas final di Abu Dhabi, selepas melengkapkan antara 15 hingga 18 perlumbaan.Kenyataan Carey menyusul pengumuman dari pihak penganjur Perancis dan kenyataan dari pemilik litar Silverstone di mana Grand Prix Britain bakal mengambil tempat pada 17 Julai. – AFP

Gambar fail 29 Jun 2019, pemandu Ferarri Charles Leclerc ketika berlumba di Grand Prix Austria. Ketua Formula Satu, Chase Carey menyasarkan musim F1 akan bermula di Austria selepas Grand Prix Perancis membatalkan perlumbaan. – AP