Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Autonomi Mayflower berlabuh di pantai Amerika

    KANADA, 6 JUN – Sebuah bot robot tanpa kru yang cuba menjejaki semula pelayaran laut Mayflower pada 1620 akhirnya sampai ke pantai Amerika Utara kelmarin. Tetapi kali ini pelabuhannya di Kanada dan bukannya di pantai Massachusetts yang mana asal namanya dicipta lebih 400 tahun yang lalu.

    Trimaran autonomi tersebut berlabuh di Halifax, Nova Scotia kelmarin selepas lebih lima minggu menyeberangi Lautan Atlantik dari England, menurut kenyataan dari syarikat teknologi IBM, yang membantu dalam binaannya.

    Dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan, kapal autonomi Mayflower sepanjang 50 kaki itu tidak mempunyai kapten, pelayar atau mana-mana manusia di dalamnya walaupun ia mungkin membantu dari segi kelengkapan mekanik.

    Percubaan pertamanya berlabuh di lintasan trans-Atlantik ke Plymouth, Massachusetts, pada Jun 2021 telah dibelenggu oleh gangguan teknikal, memaksa bot itu kembali ke pelabuhan asalnya di Plymouth, England.

    Ia berlepas semula dari England hampir setahun kemudian pada 27 April, menuju ke Virginia tetapi masalah penjana telah mengalihkannya ke pulau Azores di Portugal, di mana seorang mekanik kapal IBM diterbangkan bagi melakukan pembaikan kecemasan.

    Perisian AI kapal itu kini semakin canggih dalam membantu mesin pandu sendiri memahami persekitarannya dan meneliti dirinya sendiri, namun kebanyakan robot masih tidak dapat memperbaiki dirinya secara automatik apabila peranti menghadapi kerosakan. – AP

    Trimaran autonomi Mayflower berlabuh di Halifax, Nova Scotia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...