Thursday, October 10, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Autoriti AI Saudi, OECD meterai MoU

    RIYADH, 11 SEPT – Dalam usaha mengukuhkan pemantauan insiden Kecerdasan Buatan (AI) di negara Timur Tengah dan menambah baik penjejakan perkembangan AI, Pihak Berkuasa Data dan AI Saudi (SDAIA) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) kelmarin menandatangani MoU.

    MoU itu membolehkan pelaksanaan Monitor Insiden AI OECD (AIM) untuk menjejaki data dalam bahasa Arab, kata kenyataan daripada SDAIA.

    Ia ditandatangani semasa edisi ketiga Sidang Kemuncak AI Global (GAIN) 2024 yang sedang berlangsung di Riyadh, menghimpunkan pemimpin dan pakar AI dari seluruh dunia.

    Melalui kerjasama ini, sumber OECD yang luas, termasuk pangkalan datanya yang mengandungi lebih 1,000 dasar AI dari 70 negara, akan diperkaya dengan maklumat berharga dari Timur Tengah. 

    AIM direka untuk mendokumentasikan insiden dan bahaya AI – menyediakan penggubal dasar, pengamal AI dan pihak berkepentingan global dengan pandangan kritikal tentang risiko dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh sistem AI. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda