Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Avaa Vanja tak tolak jodoh

    Kegagalan mempertahankan perkahwinan yang dibina sebelum ini tidak membuatkan pelakon, Avaa Vanja serik untuk kembali berumah tangga.

    Sebaliknya, kata Avaa atau Avaa Vanja Mohamad Ramli, 42, dia sentiasa berpegang jodoh itu adalah ketentuan ditetapkan Allah dan menjadi resam hidup manusia mahu berpasangan.

    “Saya baru sahaja mendengar ceramah daripada Mufti Menk. Katanya kita boleh berkahwin banyak kali kerana itu adalah jodoh.

    “Sebab itu saya tak pernah tutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki lain sebagai teman hidup.

    “Kita tak sepatutnya meletakkan rasa benci dalam hati. Kalau hati keras, maknanya kita berkeras dengan Allah,” katanya kepada mStar.

    Avaa terbuka menerima kehadiran semula lelaki dalam hidupnya. – Agensi

    Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga melihat kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga sebelum ini sebagai satu pengalaman untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.

    Tidak pernah memandang soal harta atau paras rupa, Avaa sebaliknya berharap dipertemukan dengan seorang lelaki budiman dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik agar dapat membimbing dirinya dekat kepada Allah.

    “Apa yang terjadi sebelum ini adalah kisah lama dan ia menjadi satu pengalaman dalam hidup saya. Saya tidak boleh nak menafikan jika kembali bertemu jodoh selepas ini.

    “Kalau ada yang mahu dekat, apa salahnya. Kali ini saya mencari seorang yang mengikut sunnah Rasulullah dan ajaran Islam dengan baik,” katanya.

    Avaa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aamil Sulaiman pada 2011 dan pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 7 Februari lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maleena yang kini berusia 10 tahun.

    Bercakap tentang anak mereka, Avaa memberitahu dia diberikan hak penjagaan sepenuhnya sejak dua bulan lalu dan bekas suami hanya mendapat hak lawatan.

    “Memang dia boleh berjumpa anak, namun itu terpulang kepada Maleena. Sekarang anak pun tak nak jumpa dia. Lagipun bekas suami diberikan perintah sekatan supaya tidak boleh mendatangkan apa-apa gangguan terhadap kami.

    “Segala isu perceraian di mahkamah syariah sudah selesai. Sekarang ini yang masih berjalan adalah kes mahkamah sivil di mana dakwaan dia memukul saya,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...