Avermaet juara perlumbaan basikal maya

BRUSSELS, 6 APRIL – Juara perlumbaan jalan raya Olimpik, Greg Van Avermaet berkata memenangi edisi maya Tour of Flanders, yang diadakan berbanding perlumbaan sebenar disebabkan oleh koronavirus adalah ‘lucu’.

Avermaet, 35, menyertai 12 pengayuh basikal yang lain dalam perlumbaan 32 terakhir ‘De Ronde’, salah satu kejohanan berbasikal lima hari yang disiarkan dalam talian selepas ditangguhkan kerana wabak COVID-19. Anak perempuan Avermaet dilihat di skrin dengan bapanya berada di bilik loteng mereka ketika pasukan Belgium CCC menamatkan perlumbaan 20 saat di hadapan rakan senegaranya, Oliver Naesen dan Ireland, Nicolas Roche. “Ia adalah perasaan lucu, an da merasa menderita tanpa merasa berada di tempat perlumbaan,” Avermaet, yang dilahirkan di rantau itu, berkata.

“Anak saya, yang tidak memahami mengapa ayahnya sibuk berlumba di rumah, bagaimanapun merasa gembira,” dia menambah.

Pengayuh Australia, Michael Matthews gagal untuk menamatkan perlumbaan sementara tempat ketujuh, Tim Wellens berlumba dari beranda rumahnya di Monaco.

“Kesan angin turut ditiru, ‘perlumbaan’ lebih susah untuk penunggang di depan berbanding di belakang,” kata pengayuh pasukan Lotto, Soudal, Wellens, selepas perlumbaan dari rumahnya di persisiran Mediterranean.

Greg Van Avermaet berkata memenangi edisi maya Tour of Flanders sebagai suatu pengalaman ‘lucu’. Kejohanan tersebut telah di sertai oleh 12 pengayuh yang lain. – AFP

“Saya tanpa disangkal mempunyai pemandangan yang lebih baik dari Oliver Naesen yang mengayuh di bilik bawah tanah di Belgium,” Wellens menambah. Sebelum perlumbaan diadakan, penganjur berkata mereka boleh menukar jadual perlumbaan tersebut dalam kalendar berbasikal.

“Matlamat ialah masih untuk mengadakan ‘De Ronde’ pada akhir tahun ini. Semua orang bersetuju dengannya.

Tetapi buat masa ini, ia masih dalam perbincangan kerana kami tidak tahu bila krisis ini akan berakhir,” penganjur, Tomas Van Der Speigel memberitahu rancangan VRT, televisyen Flemish.

Juara maya, Van Avermaet berkata dia berharap ia akan mengambil tempat yang menyaksikannya melakukan lebih baik dari tempat keduanya pada tahun 2014, 2017.

“Saya berharap Tour of Flanders sebenar akan mengambil tempat musim bunga ini dan saya boleh memenanginya,” dia berkata. – AFP