Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Awal Ashaari didakwa lakukan khianat?

    Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

    Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada baru-baru ini.

    Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11:30 pagi pada 16 April lalu.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

    Bagaimanapun peguam Datuk M Reza Hassan memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga selain pendapatannya sebagai pengacara tidak konsisten.

    Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Zhafran membenarkan Awal diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

    Tarikh 15 Julai ini ditetapkan untuk sebutan semula kes. – Agensi

    Awal mengaku tidak bersalah selepas didakwa melakukan perbuatan khianat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...