Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Awang Julaihi pandu pulang Proton X50

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Awang Julaihi bin Kamis memandu pulang sebuah kereta Proton X50 setelah terpilih sebagai pemenang utama cabutan bertuah anjuran Pusat Membeli-Belah Mid Valley.

    Majlis cabutan dan penyampaian hadiah telah berlangsung di ruang legar pusat membeli-belah berkenaan, hari ini, di mana hadiah utama berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Eksekutif, Awang Hambali bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

    Sementara itu, 20 orang pelanggan bertuah lainnya memenangi pelbagai hadiah seperti mesin pencuci, TV LED Philip, baucar penginapan, baucar membeli-belah dan banyak lagi yang disampaikan oleh Penyelia Hartanah, Dayang Sharifah Farhana.

    Kempen diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan dengan memberikan mereka pengalaman yang menarik serta hadiah-hadiah hebat.

    Awang Hambali menyerahkan kunci kereta Proton X50 kepada Awang Julaihi pada majlis yang berlangsung di ruang legar Pusat Membeli-Belah Mid Valley.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...