Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Awang Mohd Suffian menangi wang tunai $15,000

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Awang Mohd Suffian bin Haji Zainal Abidin membuat pilihan yang tepat apabila kotak mengandungi hadiah utama berupa wang tunai $15,000 bagi Cabutan Bertuah Dua Bulan Sekali Promosi Sanang2 Manang semasa majlis cabutan bertuah dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Ruang, Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Takaful Brunei, Haji Shahrildin bin Pehin Dato Haji Jaya.

    Dalam acara itu, hadiah kedua berupa wang tunai $6,000 dimenangi oleh Chin Siang Fung dan hadiah ketiga berupa wang tunai $2,000 dimenangi oleh Awang Khairul Faisal bin Abu Bakar.

    Sementara itu, tujuh orang pemenang bertuah yang lain, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $1,000 bagi pemenang tempat keempat hingga ke-10.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Awang Mohd Suffian berkata bahawa kemenangan itu merupakan satu kejutan yang indah baginya dan berkata bahawa hadiah yang dimenanginya itu, kesemuanya akan digunakan bagi kerja amal seperti sumbangan kepada anak yatim dan membantu mereka yang memerlukan serta kurang bernasib baik.

    Awang Mohd Suffian berkata bahawa hadiah kemenangannya akan digunakan sepenuhnya bagi kegiatan amal seperti membantu mereka yang memerlukan dan kurang bernasib baik.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...