Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Awang Sefli hampir pecahkan rekod sendiri

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Duta Skechers Brunei, Awang Sefli bin Ahar baru-baru ini muncul juara bagi kategori Veteran dalam Borneo Marathon 2023 di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

    Beliau yang hampir memecahkan rekod larian maraton peribadi berjaya menamatkan maraton sejauh 42km dengan masa 2 jam 46 minit.

    Dalam temu bual bersama pihak media, pelari ikon Brunei itu berkata, larian maraton di Kota Kinabalu memang mencabar, kerana semakin banyak pelari-pelari yang lebih muda dan berpengalaman dalam bidang larian jauh.

    Dalam larian berkenaan, beliau memakai kasut Skechers GORun Horizon Vanish 3 yang ditaja oleh Skechers Brunei.

    “Syukur, walaupun berbekalkan latihan selama dua minggu, saya berjaya menduduki tempat pertama bagi kategori Veteran dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,200. Saya juga mengucapkan tahniah kepada pelari Brunei yang lain di mana ada di antara mereka berjaya menaiki podium semasa acara berkenaan.”

    Awang Sefli juga mengucapkan terima kasih kepada Skechers Brunei dari Syarikat GL Extra yang telah menaja semua keperluannya sepanjang larian berkenaan.

    Untuk cabaran seterusnya, Awang Sefli akan menyertai Skechers City Run yang akan diadakan pada 24 September 2023 di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Skechers City Run akan mempertandingkan dua kategori iaitu kategori 12km terbuka dan veteran, dan kategori 2.5km fun run.

    Orang ramai yang ingin menyertai larian berkenaan boleh mendaftarkan diri sehingga 15 Ogos ini dan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah mengunjungi mana-mana cawangan Skechers Brunei yang berdekatan.

    Awang Sefli bergambar bersama kasut yang ditaja oleh Skechers Brunei. – Gambar oleh Bahyiah Bakir

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...