Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Awangku Syakir julang piala Terbuka Brunei

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Pemain golf bintang Brunei Darussalam, Awangku Muhd Syakir bin Pengiran Haji Alli berjaya mempertahankan gelarannya sebagai pemain golf terbaik negara selepas meraih 145 mata secara keseluruhan dalam kejohanan Terbuka Brunei Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA) 2022, di Royal Brunei Golf and Country Club (RBGCC), Jerudong, hari ini.

Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari bermula dari 25 dan 26 Jun.

Kemenangan terakhirnya dalam pertandingan utama domestik adalah semasa perlawanan perasmian Kejohanan BDGA 2021 di tempat yang sama pada Julai lalu.

Bryan Chiew menamatkan kejohanan sebagai naib juara dengan meraih mata keseluruhan sebanyak 153, manakala Awang Aritz Maldini bin Haji Abdul Majid menduduki tempat ketiga dengan mencatat mata keseluruhan sebanyak 156.

Sementara itu bagi kategori nett, Edwin Liew berada di tempat teratas dengan keputusan 148, diikuti oleh Awang Ahmad Yani bin Haji Mohd Noor menduduki tempat kedua.

Acara tersebut diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Timbalan Presiden BDGA, Dato Seri Setia Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Seramai 85 pemain di negara ini menyertai pertandingan tersebut.

Terbuka Brunei anjuran BDGA itu diadakan setelah negara melonggarkan sekatan dalam mengadakan pertandingan-pertandingan yang bermula pada awal bulan ini.

Awangku Syakir meraikan kemenangannya sambil menjulang piala Terbuka Brunei BDGA. – Gambar oleh Pengiran Azam
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -