Sunday, September 29, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Awas! Jangan cuba provokasi saya – Elly Mazlein

    “Siapa usik Suraya (saya), Suraya akan usik balik.”

    Demikian kata pengacara, Elly Mazlein meluahkan rasa terkilan dengan sikap seorang individu yang tidak disebut nama yang memprovokasinya.

    Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom dan Suraya berkata, dia juga tertanya-tanya apakah niat individu itu memprovokasinya.

    “Tapi, itulah. ‘Sehelai’ dua ini tak habis-habis sibuk pasal saya. Saya tertanya-tanya juga, apa hebatnya saya sampai saya tak keluar dari dalam kepala otak dia.

    “Itulah susahnya menjadi nombor ‘syatu’. Tak apa. Walau bagaimanapun saya akan kekal menjadi nombor ‘syatu’ walaupun pelbagai usik mengusik di luar sana.

    “Tapi, itulah sayang. Seelok-eloknya kita ini, lebih lagi kaum wanita, muslimah pula, kenalah jaga diri dan mulut. Jangan buat orang dan memprovokasi orang,” katanya kepada BH Online.

    Menurut Elly, dia boleh dibawa bergurau sekiranya individu itu adalah dalam kalangan rakan-rakan rapatnya.

    “Saya ini bukannya tak boleh bergurau. Dengan kawan-kawan sejagat, dengan rakan rapat atau mereka wan yang masih berkawan, memang saya tak kisah. Gurau kasar pun tak ada masalah.

    “Tapi, yang ini, kategori apa ya? Dia kategori tak tahulah nak cakap. Segala-galanya berpunca daripada pasal rezeki sahaja. Pasal rezeki pun nak berdengki, tak baik,” katanya. – Agensi

    Elly berpendapat, rezeki manusia sudah ditetapkan Allah dan tak perlu menyimpan rasa hasad dengki sekiranya orang lain dikurniakan rezeki. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda