‘Awasi kemasukan warga asing’

MANILA, 7 Mac – Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan Filipina supaya jangan membiarkan warga asing memasuki negara yang mungkin ‘menganggu keseimbangan politik’ tatkala dasar Beijing yang diamalkan oleh Presiden Rodrigo Duterte mencetuskan kemasukan pekerja China.

Kira-kira 200,000 warga China telah membanjiri Manila sejak pemilihan Duterte pada 2016, kebanyakan mereka digaji oleh firma perjudian online yang memenuhi pemain China, satu siasatan Senat Filipina diberitahu pada akhir tahun lalu.

Ia telah mencetuskan kebimbangan, dengan beberapa ahli politik Filipina mendakwa ia mendorong harga harta naik, merampas pekerjaan daripada penduduk tempatan, malah menjejas pendapatan cukai.

Mahathir, yang telah menggantung beberapa projek besar negara dengan China, mengingatkan ketika satu lawatan rasmi ke Filipina supaya jangan membenarkan jumlah warga asing daripada meningkat.

“Pelaburan asing tidak seharusnya membabitkan kemasukan sejumlah besar warga asing untuk menetap dalam negara disebabkan ia mungkin menganggu persamaan politik dalam negara,” beritahu Mahathir kepada televisyen ABS-CBN dalam satu temu bual.

“Jika jumlah besar mana-mana warga asing datang dan tingal di negara atau mempengaruhi ekonomi negara, maka anda perlu memikirkan semula sama ada ia adalah baik atau buruk, atau had sekatan yang ada untuk dikenakan ke atas mereka,” kata Mahathir.

Mahathir, 93, berada di Filipina untuk kali pertama sejak kemenangan pilihan raya mengejutkan pada tahun lalu. Beliau akan bertemu dengan Duterte pada lewat hari ini.

Pemimpin Malaysia itu telah mengamal pendekatan berhati-hati dalam perhubungan. – AFP

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, bercakap di samping Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad semasa sidang akhbar mereka di istana presiden Malacanang di Manila, Filipina, kelmarin. – AP