Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Awda semua kena tipu! – Noh Salleh

    Desas-desus mengatakan rumah tangga pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina bergolak ternyata tidak benar apabila vokalis kumpulan Hujan itu tampil menafikan dakwaan tersebut.

    Noh sebaliknya berkata, ia sekadar berita palsu malah dirinya sendiri baru mengetahui tentang khabar angin itu selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusannya sebelum sidang media Konsert 3 Generasi Noh Salleh, Spider dan XPD, kelmarin.

    Konsert yang julung kalinya itu akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

    “Entahlah, tiada komen… Awda semua kena tipu. Good luck. Fake news.

    “Saya sendiri baru tahu hari ini apabila dimaklumkan oleh Joe (pihak pengurusan),” katanya.

    Mizz Nina (kiri) dan Noh Salleh mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011. – Agensi

    Gosip rumah tangga Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 41, dikatakan bermasalah apabila beberapa ruangan forum dalam laman Internet melaporkan yang pasangan berkenaan kini dilihat jarang bersama selain Mizz Nina dikatakan bercuti tanpa kehadiran suami di sisi.

    Walau bagaimanapun, dalam nada sindiran, Noh mempersoalkan pihak media yang didakwa lebih suka mengambil tahu tentang berita peribadi berbanding hal kerjaya.

    “Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan,” katanya.

    Sementara itu, bercakap mengenai anak angkat mereka iaitu Musa, Noh memberitahu kasih sayang terhadap anaknya itu sangat berbeza.

    Malah sebagai seorang bapa, Noh berkata, dia hanya menyedari dan merasai perkara itu.

    “Apabila ada anak, sayang itu di tahap berbeza.

    “Saya baru sedar perkara itu. Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak lakukan pemeriksaan,” katanya.

    Noh dan Mizz Nina pada Mac lalu berkongsi berita gembira apabila men-dedahkan mengambil Musa sebagai anak angkat sejak awal tahun ini.

    Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai 2011. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...