Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Aweera janji tak merajuk lagi

    Selepas lapan tahun memencilkan diri, Aweera akhirnya mengambil keputusan untuk menyambung semula perjuangannya bersama Edry, Johar dan Denny bagi menggerakkan kembali kumpulan Mojo.

    Menurut Aweera, dia berbesar hati menerima pelawaan Edry untuk kembali sebagai vokalis Mojo, selain menyifatkan ia waktu yang tepat bersama semula kumpulan yang pernah melonjakkan namanya dalam industri seni.

    “Saya sudah semakin matang. Masing-masing tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan sudah melupakan segala apa yang pernah berlaku dulu.

    “Ada yang anggap saya merajuk selama ini, tetapi bagi saya, ‘kehilangan’ itu adalah kerana saya keluar ‘mengembara’ sekejap.

    “Terus-terang, saya memang merindui Mojo. Malah, peminat mengenali saya menerusi kumpulan ini. Insya-Allah, tidak ada merajuk-rajuk lagi,” selorohnya.

    Aweera kini bersatu kembali bersama Mojo setelah lapan tahun menjauhkan diri. – Agensi

    Penyanyi berusia 32 tahun itu berkata, sepanjang tidak bersama Mojo, agak sukar untuk dia membuang tanggapan peminat yang masih mengaitkannya dengan kumpulan tersebut.

    “Rata-rata memang kenal saya sebagai vokalis Mojo, selain lagu yang pernah kami rakamkan.

    “Malah, apabila menjayakan persembahan solo, peminat akan minta lagu Mojo seperti Romancinta dan Andai Ku Bercinta Lagi.

    “Mahu atau tidak, saya kena akui, nama Mojo sudah sinonim dengan diri. Bila Edry tanya sama ada saya mahu teruskan perjuangan bersama Mojo, saya tidak berfikir panjang dan terus bersetuju.

    “Lagipun, sepanjang tidak bersama Mojo, kami masih berkomunikasi sama ada dalam aplikasi WhatsApp atau media sosial.

    “Silaturahim kami masih baik, cuma orang luar saja tidak tahu,” katanya.

    Dalam pada itu, sempena reunion mereka, Mojo tampil dengan single terbaharu, Superstar bagi mengubat kerinduan peminat.

    Turut memperkenalkan video muzik yang diarahkan Syahmi Afif, Superstar akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari ini di saluran YouTube KRU Music dan Mojo. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...