Axel Springer, KKR meterai perjanjian

BERLIN, 12 JUN – Kumpulan media Jerman Axel Springer berkata hari ini ia telah menandatangani satu perjanjian untuk firma pelaburan KKR menjadi pemegang saham terbesarnya, dengan kumpulan Amerika itu mengemuka tawaran awam untuk membeli saham Springer.

Saham dalam penerbit akhbar utama di Berlin Bild dan Die Welt telah meningkat pada minggu lalu selepas kedua-dua syarikat mendedahkan rundingan telah dilancarkan.

Di bawah perjanjian, Kohlberg Kravis Roberts (KKR) akan menawarkan kesemua pelabur Springer 63 euro sesaham, 31.5 peratus lebih tinggi berbanding harga purata dalam tempoh tiga bulan lalu.

Firma Amerika itu juga telah mencapai satu perjanjian dengan dua pemegang saham terbesar Axel Springer.

Friede Springer, balu pengasas kumpulan, dan ketua eksekutif Mathias Doepfner tidak akan melucutkan saham mereka sebanyak 42.6 dan 2.8 peratus.

Ini bermakna “keputusan pemegang saham tidak boleh diambil tanpa persetujuan Friede Springer,” kata kumpulan, menambah ia akan memberikan ‘kesinambungan dalam pentadbiran dan pengurusan syarikat.’ – AFP