Axelsen bangkit tewaskan Heo

BANGKOK, 13 MEI – Juara badminton dunia, Viktor Axelsen berjaya menangkis beberapa serangan berani daripada pemain Korea Selatan, Heo Kwang-hee dalam aksi sengit tiga perlawanan di Piala Thomas Thailand kelmarin.

Axelsen, pemain Denmark berusia 28 tahun, memulakan perlawanan pertama dengan penuh keyakinan tetapi kehilangan momentum selepas melakukan beberapa kesilapan cuai, membolehkan Heo yang berada di ranking ke-31 dunia merampas kemenangan 21-13.

Heo yang kekal di belakang pemenang pingat emas Olimpik Tokyo untuk seketika tidak dapat bertahan selepas beberapa serangan pukulan smash lompat yang menakjubkan daripada Axelsen sekali gus membantu beliau bangkit dan menyamakan kedudukan 21-17.

Perlawanan terakhir bertambah sengit apabila markah diratakan sebanyak 10 kali, dan Axelsen yang kelihatan kecewa menendang bulu tangkis dan menjerit marah selepas kehilangan mata selepas waktu rehat.

Axelsen berjaya mendapatkan semula ketenangan tetapi memberikan beberapa mata perlawanan sebelum akhirnya menang 21-19 selepas 67 minit permainan. – AFP

Reaksi Viktor Axelsen selepas memenangi perlawanan suku akhir perseorangan lelaki pada kejohanan badminton Piala Thomas dan Uber 2022 kelmarin. – AFP