Axelsen, Momota ungguli Piala Thomas, Uber

BANGKOK, 11 MEI – Pemain perseorangan lelaki Viktor Axelsen dan Kento Momota kedua-duanya memenangi perlawanan mereka di Piala Thomas dan Uber di Thailand kelmarin.

Pemain nombor dua dunia Momota, yang tersingkir awal daripada Kejohanan Asia bulan lalu, kelihatan kembali pulih dengan kemenangan 21-18, 21-11 ke atas pemain England, Toby Penty.

Pemain Jepun berusia 27 tahun itu berkata dia gugup tetapi teruja sebelum perlawanan, tetapi selepas perlawanan pertama dia menyesuaikan diri dalam persaingan dan mampu menguasai perlawanan kedua dengan lebih baik.

Di tempat lain, Axelsen menewaskan pemain Perancis Toma Junior Popov 21-8, 21-11, dengan kemenangan Denmark 5-0 ke atas Perancis justeru membuka laluan untuk pertembungan mereka dengan China esok. – AFP

Aksi Kento Momota semasa perlawanan peringkat kumpulan perseorangan lelaki pada kejohanan badminton Piala Thomas dan Uber 2022 kelmarin. – AFP