Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Axelsen rangkul gelaran sulung terbuka Malaysia

    KUALA LUMPUR, 3 JULAI – Pemain Denmark, Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas dengan mudah menewaskan pemain Jepun, Kento Momota, pada final perseorangan lelaki, di sini, kelmarin.

    Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam permainan straight set 21-4, 21-7 untuk melakarkan gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas Terbuka dan Masters Indonesia.

    Kejayaan pemain berusia 28 tahun itu turut menamatkan dominasi kejuaraan pemain Asia selama 15 tahun selepas rakan senegara, Peter Gade yang muncul juara pada 2007.

    Pada aksi final dengan kehadiran 10,000 orang penonton di Axiata Arena Bukit Jalil, Momota jelas tiada tandingan kepada aksi cemerlang oleh Axelsen yang masih belum memutuskan penyertaan pada saingan Masters Malaysia di venue sama, bermula Selasa ini.

    Kejayaan gelaran sulung itu membolehkan Axelsen membawa pulang hadiah wang tunai AS$47,250 manakala Momota menerima AS$22,950.

    Legenda badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei menyampaikan hadiah tersebut.

    Sementara itu, pada final perseorangan wanita, pemain Thailand, Ratchanok Intanon merangkul kejuaraan kali kedua selepas 2016 apabila mengejutkan juara Olimpik Tokyo 2020, Chen Yu Fei dari China.

    Pertemuan dengan lawannya berusia 24 tahun tersebut adalah kali ke-18 dengan rekod kemenangan memihak kepada pemain China itu, 15-3.

    Kedua-dua pemain itu akan menggalas cabaran pada Masters Malaysia nanti. – Bernama

    Viktor Axelsen (kanan) bergambar dengan pingat emasnya selepas final perseorangan lelaki pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...