Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Axiata beli hampir 3,000 menara telekomunikasi di Filipina

    KUALA LUMPUR, 20 APRIL – Anak syarikat tidak langsung Axiata Group Bhd, ISOC edotco Towers Inc (edotco Philippines) dalam proses pembelian sebanyak 2,973 menara telekomunikasi dan aset berkaitan di Filipina daripada PLDT Group pada harga RM3.42 bilion.

    Menurut Axiata, edotco Filipina yang dimiliki sepenuhnya oleh unit dengan kepentingannya sebanyak 63 peratus, edotco Group Sdn Bhd, semalam bertindak memeterai perjanjian bagi pembelian aset dengan unit PLDT Group, Smart Communications Inc dan Digitel Mobile Philippines Inc (DMPI).

    “Susulan transaksi itu, edotco Filipina akan memiliki dan mengendalikan kira-kira 3,100 menara, sekali gus menjadi syarikat menara bebas terbesar di Filipina,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

    Axiata telah mengemukakan permohonan agar dagangan saham dan warannya digantung bagi tempoh 9 pagi hingga 10 pagi hari ini susulan pengumuman tersebut.

    Dalam satu kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan edotco, Adlan Tajudin menyifatkan urus niaga tersebut sebagai pengambilalihan yang amat strategik bagi edotco kerana dapat mempelbagaikan dan mengukuhkan platform pan-Asia kumpulan dengan pendedahan kepada pasaran pertumbuhan tinggi dengan sokongan kerajaan yang kukuh. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...