Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ayah beri trofi penghargaan berjaya tawan hati anak

    Penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano selamat bergelar suami kepada pelakon Sheila Dara Aisha dalam satu majlis yang berlangsung pada Sabtu.

    Bukan sahaja berlangsung meriah, malah banyak perkara menarik menjadi perhatian ramai dalam majlis tersebut.

    Antaranya adalah mas kahwin pasangan ini diberikan dalam bentuk mata wang dolar Amerika Syarikat dan pound sterling.

    “Bersesuaian dengan tarikh pernikahan, dua mata wang yang digunakan adalah lambang tempat saya belajar dahulu. “Yang penting adalah ia digubah dalam bentuk bunga yang cukup indah,” jelas Vidi.

    Vidi memberi mas kahwin berjumlah AS$1,000 dan AS$501 atau kira-kira berjumlah RM7,000.

    Selain itu Aisha turut menerima anugerah berupa piala kerana telah berjaya menawan hati Vidi. Piala tersebut disampaikan sendiri oleh ayah Vidi.

    “Selama enam tahun kekasih anak saya berguguran satu persatu.

    “Yang bertahan selama enam tahun ini adalah Sheila, jadi pada hari ini saya anugerahkan piala girl survivor,” ucap bapa Vidi ketika memberikan piala tersebut.

    Pada hari pernikahannya, Vidi juga menerima gelaran Sutan Sari Alam dari Bukit Tinggi yang merupakan gelaran terhormat dari adat Minangkabau. – Agensi

    Vidi Aldiano selamat bergelar suami kepada Dara Aisha dalam satu majlis yang berlangsung dengan meriah, malah banyak perkara menarik menjadi perhatian ramai dalam majlis tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...