Tuesday, December 3, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayam goreng bersalut madu

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Siapa tidak suka makan ayam? Rata-rata semua orang suka lebih-lebih lagi ayam goreng.

    Ruangan resipi kali ini akan membawakan cara-cara menyediakan ayam goreng honey butter atau disaluti madu dan mentega yang dapat menambat hati kanak-kanak mahupun orang dewasa.

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ayam goreng honey butter ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama bahan-bahan untuk ayam goreng adalah seperti, garam, 1 sudu besar kicap cair, ½ sudu kecil serbuk lada hitam, dua biji telur, ½ cawan tepung gandum, ½ cawan tepung jagung atau tepung kentang dan 1 sudu kecil baking powder.

    Manakala bahan-bahan untuk salutan ayam pula adalah seperti, tiga sudu besar butter, dua hingga tiga ulas bawang putih, tiga sudu kecil chili flakes, satu sudu kecil gula, dua suda besar kicap manis, 1-2 sudu besar madu dan dua sudu besar bijan.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara untuk memasak ayam goreng honey butter adalah, mula-mula cincang halus atau parut bawang putih, gaul sekata ayam dengan sedikit garam, licap cair, lada hitam, telur, tepung gandum, tepung jagung dan baking powder. Goreng atau sangai bijan sehingga naik bau. Sesudah itu, panaskan minyak dan goreng ayam lalu angkat. Setelah itu goreng ayam untuk kali kedua dengan menggunakan api sederhana lalu angkat dan tos minyak.

    Kemudian panaskan butter lalu masukkan bawang putih, serbuk cili kasar, kicap manis, gula dan madu. Bila bahan sudah sebati, masukkan ayam dan tutup api. Gaul dan salut ayam goreng dengan kesemua bahan. Kemudian hidang ayam goreng honey butter dan tabur bijan yang telah disangai.

    Namun jika hendak membuat serbuk cili buatan sendiri pun boleh mengikut cita rasa awda.

    Caranya adalah seperti berikut, mula-mula basuh dan tos kering cili daripada air selepas dibasuh, kemudian goreng tanpa minyak sehingga cili kering menjadi kering, garing dan rangup. Apabila dah garing, kisar cili kering dan siap serbuk cili buatan sendiri.

    Untuk tip tambahan pula, selain tepung jagung, tepung perapan ayam juga boleh digantikan dengan tepung kentang. Manakala ketika mahu menggoreng ayam, jangan masukkan terlalu banyak ayam ke dalam minyak bagi mengelakkan suhu minyak turun dan salutan ayam menjadi lembik dan hancur. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    • Bahan-bahan untuk ayam goreng:

    o sedikit garam
    o 1 sudu besar kicap cair
    o ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    o 2 biji telur
    o ½ cawan tepung gandum
    o ½ cawan tepung jagung atau tepung kentang
    o 1 sudu kecil baking powder

    • Bahan-bahan untuk salutan ayam:

    o 3 sudu besar butter (salted)
    o 2-3 ulas bawang putih
    o 3 sudu kecil chilli flakes
    o 1 sudu kecil gula
    o 2 sudu besar kicap manis
    o 1-2 sudu besar madu
    o 2 sudu besar bijan

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda