Ayam goreng disaluti emas?

SAYAP ayam goreng biasanya tidak dianggap sebagai hidangan gourmet yang mewah, tetapi buat salah satu restoran ini, ia cuba menaikkan penyajian makanan segera ini ke tahap status mewah. Memperkenalkan sayap ayam bersadurkan emas pertama di dunia.

Dicipta oleh restoran Bandar Raya New York, ‘The Ainsworth,’ dengan kerjasama ahli sosialit dan bintang realiti TV, Jonathan Cheban, hidangan ‘FOODGOD 24k Gold Buffalo Wings’ ini adalah definisi hidangan mewah. Selepas ianya direndam dan diadun dengan mentega kelapa, chipotle dan adunan madu selama 24 jam, ia kemudian digoreng dan disatukan dengan sos emas metalik yang memberinya kelihatan berkilat, bersalut emas. Akhirnya, ianya ditaburi dengan serbuk emas yang boleh dimakan, untuk memberinya kelihatan menarik.

Menurut The Ainsworth, sayap ayam memukau ini boleh didapati dalam tiga harga berbeza: 10 ketul sayap berharga AS$30, 20 ketul sayap berharga AS$60, dan jika anda rasa itu belum cukup mewah, anda boleh memesan 50 ketul sayap beserta minuman khusus dengan ‘hanya’ AS$1,000.

Sayap ayam bersalut emas ini telah mendapat banyak perhatian baru-baru ini, selepas pencipta bersamanya, Jonathan Cheban, aka ‘Foodgod,’ menunjukkan hidangan itu dalam laman Instagramnya.

Menurut The Ainsworth, sayap ayam memukau ini boleh didapati dalam tiga harga berbeza: 10 ketul sayap berharga AS$30, 20 ketul sayap berharga AS$60 dan jika anda rasa itu belum cukup mewah, anda boleh memesan 50 ketul sayap beserta minuman khusus dengan ‘hanya’ AS$1,000. – Agensi

“Kamera saya juga bergegar, ianya sungguh cantik dan menarik,” kata Cheban dalam satu klip pendeknya. “Ini sememangnya sungguh luar biasa.”

Itu sudah pasti. Mungkin ada yang tidak percaya bahawa ada yang sanggup membelinya, memakan sesuatu yang terlihat seperti logam.

‘The FOODGOD 24k Gold Buffalo Wings’ telah dilancarkan di Ainsworth’s Chelsea dan East Village baru-baru ini dan dijangka menjadi hidangan tetap di lokasi lain di rantaian restoran itu pada masa akan datang. – Agensi