Ayam jantan di tengah kes mahkamah sudah mati

LA ROCHELLE, PERANCIS, 19 JUN – Seekor ayam jantan Perancis, yang menjadi simbol perbalahan di antara penduduk kawasan desa dan bandar Perancis dalam perbicaraan mahkamah disebabkan bunyi kokokannya pada awal pagi, telah mati, kata tuannya semalam.

Maurice, ayam jantan yang menjadi popular selepas bunyi kokokannya pada awal pagi menyakitkan hati sepasang suami isteri yang bercuti di pulau indah Oleron di barat Perancis sehingga mereka mengheret tuan punya ayam ke mahkamah dalam usaha untuk mendiamkannya.

Kes pada tahun lalu dilihat sebagai satu simbol perbalahan di antara tradisi penghuni desa dan bandar Perancis, yang menggunakan kawasan desa sebagai tempat untuk rumah kedua tetapi mudah tersinggung dengan bau dan bunyi di kawasan kampung.

Tuan punya ayam, Corinne Fesseau memberitahu AFP, Maurice, 6, telah mati akibat coryza, jangkitan pernafasan yang biasa berlaku dalam ternakan ayam, semasa lockdown ke atas koronavirus.

“Kami menemuinya mati di bawah reban, kami telah melakukan segala yang mampu,” katanya. – AFP