Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Ayam penyet: Masakan Indonesia paling digemari

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Sebut sahaja ayam penyet pasti semua orang mengenalinya dan tidak kurang juga yang menyukainya setiap kali berkunjung ke restoran-restoran di negara ini.

    Tahap keenakan ayam penyet tergantung pada sambalnya, ada yang suka ia dibuat pedas, manis, masam dan lain-lain mengikut cita rasa masing-masing.

    Makanan asal dari Republik Indonesia tersebut mula digemari dan diperkenalkan secara meluas di negara ini sekitar awal tahun 2000 di mana pada mulanya ia sangat jarang ditawarkan di restoran, kafe mahupun gerai di negara ini.

    Selain sambal, ayam goreng yang diolah dengan pelbagai variasi rasa turut menarik perhatian penggemarnya. Ada yang digoreng secara biasa dan ada yang digoreng dengan tepung dan tidak kurang juga ada yang digoreng dengan rempah yang dicampur dengan ramuan istimewa.

    Menyentuh mengenai sambal ayam penyet yang popular di negara ini, kebiasaannya bahan utamanya terdiri daripada bawang merah, bawang putih, bawang besar, tomato, belacan, cili padi, garam dan gula pasir atau gula melaka. Ada juga yang turut menambahkan sedikit kicap manis pekat ke dalam sambal mereka.

    Adapun cara penyediaannya agak mudah iaitu dengan menggoreng semua bahan mentah iaitu bawang merah, bawang putih, bawang besar, tomato dan cili padi sebelum ditumbuk atau dikisar menggunakan mesin pengisar. 

    Bahan-bahan yang digoreng tersebut kemudiannya dicampur dengan bahan perasa termasuk belacan bagi menambah kenikmatan rasa. Bagi sesetengah orang, ada yang turut menambahkan daun limau purut yang dihiris ke dalam sambal mereka.

    Ayam penyet juga turut dilengkapi dengan ulam-ulaman seperti timun, kubis, daun rancah-rancah dan sebagainya mengikut cita rasa masing-masing. Selain ulam tempe dan tauhu turut disertakan dalam ayam penyet sebagai pelengkap sajian tersebut.

    Ayam penyet juga turut dilengkapi dengan ulam-ulaman, tempe dan tauhu sebagai pelengkap sajian tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...