Ayda Jebat selamat melahirkan seorang puteri

“Saya hilang kata-kata. Akhirnya dapat menatap wajah anak kami,” kata pengacara, Nabil Mahir yang berkongsi rasa teruja apabila isterinya yang juga penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat selamat melahirkan anak perempuan, semalam.

Nabil berkata, sepanjang proses kehamilan, anak sulung mereka itu selalu memberikan maklum balas yang positif.

“Saya sering bercakap ketika dia masih dalam perut ibunya dan dia selalu memberikan respon yang baik. Syukur dapat bertemu dengannya.

“Doakan semoga Ayda dan puteri sulung kami diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

Ayda Jebat selamat melahirkan seorang puteri, baru-baru ini. – Agensi

Menurut Nabil, Ayda kini berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani pembedahan melahirkan puterinya baru-baru ini.

“Semuanya baik-baik saja. Lagipun proses pembedahan berjalan dengan cepat. Cuma sekarang dia tidak berasa selesa kerana terpaksa menahan kesakitan.

“Dia seorang ibu yang kuat. Saya tak rasa saya mampu mengalas tugasnya ketika melihat keadaan dia yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak.

“Disebabkan Ayda mengalami kontraksi dan anak kami dalam keadaan songsang, jadi puteri kami perlu dilahirkan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang,” katanya.

Ayda selamat melahirkan anak damit perempuan seberat 2.77 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 7:07 malam, baru-baru ini.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – Agensi