Thursday, October 10, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayu Puteh mahu anak segera kahwin

    Penerbit Ayu Puteh berharap anak perempuannya iaitu Wanna Ali segera berkahwin susulan muncul pelbagai gosip tidak baik tentang pelakon berkenaan.

    Ayu atau Normashayu Puteh, 48, berkata, dia tidak suka melihat Wanna terkait dengan kontroversi artis lain sehingga menjejaskan imejnya.

    “Cepatlah kahwin dik (panggilan Wanna), jangan bujang lama-lama.

    “Gosip begini (negatif) tak sukalah,” katanya, memetik laporan mStar.

    Ayu meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada petang kelmarin.

    Ayu tidak suka melihat Wanna terkait dengan kontroversi murahan. – mStar

    Sementara itu, Wanna menerusi temu bual bersama Melodi berkata dia terpaksa menutup ruangan komen Instagramnya.

    Wanna berkata perkara itu dibuat kerana dia menerima kecaman hebat selepas dituduh sebagai perosak rumah tangga pasangan Fattah Amin dan Fazura.

    “Saya tak sangka apa yang berlaku, sebab tiada niat nak cari publisiti atau menumpang kes tengah hangat sekarang.

    “Malah saya terpaksa tutup ruangan komen IG saya kerana terdapat lebih 700 komen yang melampau,” jelasnya.

    Pada Jumaat, Wanna menerima kecaman hebat warganet selepas memuat naik foto bersama Fattah bagi mempromosikan drama lakonan mereka.

    Lebih teruk Wanna dituduh menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Fattah bersama Fazura.

    Dakwa warganet, Wanna dilihat seolah-olah sengaja mencari publisiti murahan dengan berkongsi hantaran tersebut pada waktu yang salah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda