Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Ayu Ting Ting tidak kisah dibenci warganet

Tindakan pelakon dan penyanyi, Ayu Ting Ting membuat laporan polis terhadap ‘haters’ di laman sosial membuatkan semakin ramai netizen membencinya.

Memetik laporan Liputan6, Ayu bagaimanapun enggan mengambil kisah tehadap kecaman tersebut kerana menganggap ia sebahagian dalam pekerjaannya sebagai seorang selebriti.

Haters ini sudah pasti ada di mana-mana. Apatah lagi pekerjaan seperti saya, sudah pasti ada yang suka dan ada yang tidak. Kalau mahu membenci saya… ya silakan.

“Kerana pekerjaan saya sebagai penghibur,” kata Ayu Ting Ting.

Pada Julai lalu, ibu bapa kepada Ayu iaitu Umi Kalsum dan Abdul Rozak mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap seorang warganet yang telah mencemarkan nama baik anak mereka.

Susulan beberapa isu melibatkan Ayu, satu patisyen diwujudkan bagi menggesa penyanyi dangdut itu diboikot daripada muncul di kaca televisyen.

Kempen memboikot itu merujuk kepada sebuah video klip memperlihatkan Ayu pernah menendang seorang tetamu undangan dalam sebuah program TV, Brownis pada tahun 2019. – Agensi

Ayu rela dibenci warganet kerana menganggap ia sebahagian daripada pekerjaannya. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -