AZ catat kerugian, kos meningkat

LONDON, 12 NOV – Gergasi farmaseutikal Britain, AstraZeneca (AZ), yang menghasilkan vaksin COVID-19 pada harga kos, hari ini berkata mereka mencatatkan kerugian dalam suku ketiga.

Syarikat tersebut mencatatkan kerugian sebanyak AS$1.65 bilion berbanding keuntungan selepas cukai kira-kira AS$650 juta dalam suku ketiga tahun lalu, menurut kenyataan.

AZ berkata mereka mengalami kos lebih tinggi pada Julai hingga September berikutan pengambilalihan syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Alexion, serta peningkatan kos perbelanjaan bagi penyelidikan dan pembangunan dalam beberapa program, termasuk rawatan COVID-19.

Syarikat tersebut turut menambah pendapatan daripada vaksin COVID-19 berjumlah AS$2.22 bilion pada tahun ini selepas menghantar kira-kira 580 juta dos ke seluruh dunia.

Vaksin AZ yang melawan pandemik koronavirus dibangunkan bersama Universiti Oxford.

Bulan lalu, syarikat ubat-ubatan itu mendedahkan keputusan positif dalam percubaan rawatan untuk gejala COVID-19.

Dihasilkan daripada gabungan dua antibodi, rawatan AZD7442 telah menjalani ujian klinikal peringkat akhir untuk dinilai bagi keselamatan dan keberkesanannya.

“Kepimpinan saintifik AZ akan terus mencatatkan pertubuhan pendapatan yang kukuh dan giat mengagihkan vaksin termasuk gabungan antibodi yang menunjukkan hasil memberangsangkan dalam menghalang dan merawat COVID-19,” menurut ketua pegawai eksekutif, Pascal Soriot hari ini. – AFP

Vaksin Vaxevria yang kini dikenali sebagai AstraZeneca yang diagihkan di bandar Assad Iben El Fourat di Tunis. AZ mencatatkan kerugian sebanyak AS$1.65 biliondalam suku ketiga.- AP