Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Azeem kini bergelar raja pecut Sukma

    KUALA LUMPUR, 16 SEPT – Pelari pecut sensasi negara Malaysia Muhammad Azeem Mohd Fahmi, kini bergelar Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) selepas muncul juara acara 100 meter (m) lelaki pada hari ini.

    Final acara riben biru di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, menyaksikan pelari berusia 18 tahun dari Perak, menamatkan saingan di kedudukan pertama dengan catatan masa 10.25 saat.

    Atlet kebangsaan Malaysia mendominasi acara berkenaan apabila Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dari Johor dan Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s) dari Negeri Sembilan melengkapkan podium dengan masing-masing meraih pingat perak dan gangsa. Bercakap kepada pemberita selepas kemenangan itu, Muhammad Azeem gembira sasaran utamanya untuk menghadiahkan emas acara berkenaan kepada Perak tercapai, namun masih mempunyai misi dalam acara 4x100m esok dan 200m pada Ahad.

    “Ini merupakan penampilan kedua saya dalam Sukma, selepas menamatkan saingan di tempat kelapan dan terakhir pada edisi 2018 di Perak. Jadi tahun ini saya beraksi semula, dan ambil apa yang sepatutnya hak saya,” katanya.

    Beliau turut mengesahkan bahawa Sukma merupakan pertandingan terakhir beliau beraksi dalam acara 100m bagi tahun ini, manakala bagi acara 200m, beliau bakal beraksi pada Cabaran Olahraga di Jepun, awal Oktober ini.

    Muhammad Azeem yang diberi gelaran ‘Usain Bolt Malaysia’, berjaya memecahkan rekod kebangsaan menerusi catatan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, awal bulan lepas, mengatasi rekod 10.18s milik Khairul Hafiz Jantan di Sukma Sarawak 2016. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...