Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azharina tetap gigih berkarya

    PENYANYI Azharina Azhar ralat apabila single terbaharu Cinta Terbagi Dua kurang mendapat sambutan.

    Meskipun berat hati untuk mengulas perkara ini, Azharina anggap rezeki belum berpihak kepada dirinya selain ada hikmah di sebaliknya.

    “Saya percayakan rezeki. Saya anggap kurang bernasib baik dengan single ini.

    “Namun, ada satu perkara yang buat hati saya lega apabila ramai peminat komen mereka sukakan lagu ini,” katanya.

    Enggan menuding jari kepada sesiapa, Azharina berkata pengalaman hampir dua dekad dalam industri seni banyak mengajarnya supaya tidak mudah melatah.

    Azharina Azhar tidak pernah putus harapan untuk terus menerbitkan lagu-lagu baharu pada masa depan. – Agensi

    “Perjalanan seni seseorang artis ada pasang surutnya. Saya pernah hilang seketika dan kembali semula selepas menyertai satu pertandingan nyanyian.

    “Meski lama tidak muncul di kaca televisyen, ramai menyokong saya dan syukur berjaya menempatkan diri sebagai juara program itu,” katanya.

    Bagi memastikan dirinya terus konsisten, Azharina kini mempersiapkan diri untuk single seterusnya.

    Dia mahu namanya kembali menjadi sebutan seperti era kegemilangannya menerusi lagu Elegi Sepi, Seandainya dan Rawan.

    “Saya memang ada perancangan untuk menghasilkan single baharu tahun ini.

    “Lagu ini adalah kerjasama saya bersama Dr Irma,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda