Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Azizulhasni, Zii Jia calon penerima biasiswa Olimpik

    KUALA LUMPUR, 12 JAN – Jaguh berbasikal trek kebangsaan Malaysia, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan juara All England 2021, Lee Zii Jia merupakan antara 15 calon atlet dikemukakan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menerima Biasiswa Olimpik daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

    Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kesemua 15 atlet itu dipilih daripada keseluruhan 40 pencalonan diterima pihaknya menerusi 11 jenis sukan bagi menikmati biasiswa sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Olimpik 2024 di Paris.

    “Antara kriteria ditetapkan oleh IOC adalah penerima perlu dalam kalangan atlet yang berpotensi untuk layak ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya pada sidang media, semalam.

    Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga eksekutif MOM kali ketiga sesi 2021/2025 di Wisma MOM.

    Selain Azizulhasni dan Zii Jia, Mohamad Norza mengumumkan atlet lain yang tersenarai adalah lima lagi pemain badminton negara iaitu Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan, M. Thinaah dan S. Kisona serta dua lagi atlet berbasikal trek iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhd Fadhil Zonis. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...