Friday, August 12, 2022
24.7 C
Brunei

Azmi Saat ikhlas jadi duta pertubuhan amal

-

Mahu mengumpul saham akhirat, penyanyi Azmi Saat mendedahkan dia tidak pernah meletakkan sebarang bayaran untuk menjadi salah seorang duta bagi pertubuhan amal Yayasan Maghfirah sejak tiga tahun lalu.

Meskipun tidak menerima bayaran, Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Mohd Saat berkata pihak yayasan tetap memberikan wang saku setiap bulan bagi memudahkan dia menghadiri program anjuran mereka.

“Saya memang seronok bila dapat tawaran jadi duta. Mula-mula mereka tanya berapa bayaran tapi untuk program macam ini, memang saya tak letakkan sebarang bayaran.

“Sebab saya pun tak tahu nak bantu macam mana, jadi dapat peluang dengan cara macam ini dah dianggap satu rezeki. Saya tolong bantu promosi yang mereka perlukan di laman sosial.

“Ikutkan memang tak ada bayaran untuk jadi duta. Tapi mereka tetap beri wang perbelanjaan daripada segi duit tambang atau duit minyak setiap bulan,” katanya kepada mStar.

Azmi seronok menjadi duta kepada Yayasan Maghfirah. – Agensi

Vokalis kumpulan Caliph Buskers itu ditemui ketika Majlis Amal Maghfirah yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi Avenue, Kajang pada Sabtu lalu.

Buat julung kalinya Yayasan Maghfirah mengadakan majlis berbuka puasa dengan menjemput 300 orang anak yatim, pelajar tahfiz, orang kelainan upaya dan anak-anak asnaf tajaan kelas Sahabat Al-Quran Yayasan Maghfirah.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah selebriti tempatan antaranya Johan As’ari, Imam Muda Najdi dan duta Yayasan Maghfirah, Fedtri Yahya, Ustaz Adnin Roslan serta Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.

Dalam pada itu, Azmi mengakui dia berasa terkilan kerana tidak dapat mengikuti misi bantuan ke Syria dan mangsa banjir kerana bimbang membebankan orang lain.

“Saya akan turut serta dalam program yang mereka adakan jika waktu itu saya tengah ada masa tapi setakat ini banyak juga saya dapat sertai. Ini pun selepas tahun ketiga saya menjadi duta.

“Banyak program mereka lakukan tapi ada yang saya tak dapat nak turun padang seperti membantu mangsa banjir sebab kalau saya pergi pun, saya nak tolong apa. “Sedih juga tak dapat sertai tapi bila fikir balik kalau saya datang pun macam menyusahkan orang lain pula. Kadang-kadang rasa cemburu juga tengok mereka ikut misi bantuan ke Syria dan luar negara.

“Saya nak juga merasai pengalaman itu tapi kalau pergi pun akan menyusahkan orang. Tapi kalau ada yang memang sudi bawa saya memang nak juga pergi,” ujarnya. – Agensi

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -