Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi menyatakan rasa kagum selepas syarikat pengeluar produk kesihatan, Eskayvie selesai menyertai majlis berprestij, World Islamic Entrepreneur Summit 2023 (WIES) di Pangeran Beach Hotel, Padang, Indonesia, pada 6 hingga 8 September lalu.
Menurut Aznil yang mesra disapa Pak Nil, sebagai wajah wakilan jenama berkenaan, dia gembira melihat progres positif yang dipamerkan, kongsi Media Hiburan (MH).
“Saya tumpang bangga dengan kejayaan Eskayvie sudah melebarkan sayap ke Indonesia selain menyertai persidangan WEIS 2023.
“Melihat kepada usaha jenama kesihatan ini mengajak 85 peratus golongan wanita sebagai suri bisnes menjual produk ini, saya sangat teruja.
“Saya puji golongan suri bisnes termasuk usaha Puan Kartika, suami dan khususnya team Eskayvie dalam terus mengajak ramai menjana pendapatan.
“Suri bisnes juga sudah tiba masa ada punca duit sendiri. Tak perlu runsing jika suami buat hal atau berpisah kasih angkara pihak penyondol,” katanya.
Sementara itu, program antarabangsa tersebut telah dirasmikan oleh Gubernur Provinsi Sumatera Barat, Indonesia, H. Mahyeldi Ansharullah dan menghimpunkan ribuan usahawan Muslim seluruh dunia dengan matlamat utama untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ekonomi digital.Sejumlah negara ASEAN dan Timur Tengah, termasuk Malaysia, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Timor Leste, India, Morocco, Kazakhstan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Uzbekistan dan Sepanyol
turut terbabit dalam acara itu. – Agensi
