Thursday, November 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Aznil cari dana bantu rawat kanser Ibnor Riza

    Pertemuan empat mata dengan Ibnor Riza pada 26 September lalu telah membuka hati pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi untuk mengadakan kutipan sumbangan bagi membantu penyanyi itu.

    Kata Aznil atau mesra disapa Pak Nil, 61, dia melihat penderitaan Ibnor melalui proses kemoterapi akibat kanser limfoma membuatkan dia terbuka hati agar dapat membantu meringankan beban penyanyi dalam merawat penyakitnya.

    “Selama ini saya hanya membaca kisah Ibnor yang menghidap kanser. Apabila berjumpa dan mendengar ceritanya baru saya sendiri dapat mendalami penderitaan dia.

    “Lepas dia cerita tentang keguguran rambut setiap kali kemoterapi dan setiap kali itu tumbuh rambut baru yang lembut, saya minta izin untuk usap belakang kepalanya. Dia benarkan. Dari situ terdetik untuk saya pasang niat mahu membantu.

    “Saya tahu dia melalui proses yang sukar. Saya harap bantuan ini dapat membantu merawat penyakit dan tidak lagi perlu jalani kemoterapi,” katanya ketika dihubungi mStar hari ini.

    Aznil bertemu Inbor pada majlis ulang tahun ke 18 mStar dan pelancaran segmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) mStar Baek yang berlangsung di Menara Star.

    Segmen itu akan bersiaran di platform media sosial termasuk YouTube mStar setiap Khamis bermula 5 Oktober 2023 yang menyajikan 10 episod kisah artis memerlukan bantuan termasuklah Zaiton Sameon, Ali XPDC, Bad (Indigo), Mak Jah, Roy (Ratnaku) dan Mak Wan Latah.

    Mengenai bantuan terhadap Ibnor Riza, Aznil melakukan inisiatif sendiri untuk mengutip sumbangan orang ramai bagi membantu penyanyi itu menampung kos kehidupan selain rawatan kesihatan.

    Sebelum ini Aznil membuka tabung serupa bagi membantu pembedahan penyanyi Zamani. – Agensi

    Aznil ajak orang ramai bantu ringankan beban Ibnor. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...