Azza Zainal johan Hari Golf Keluarga JIS

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Dua puluh tujuh pemain golf dari komuniti Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) mengambil bahagian dalam kejohanan Hari Golf Keluarga yang julung-julung kalinya diadakan di Kelab Golf Rekreasi Diraja Brunei pada 16 Februari lalu.

Kejohanan itu bertujuan memperkukuhkan hubungan rapat di antara para pelajar dan ahli keluarga yang turut serta bagi memeriahkan kejohanan golf tersebut.

Sementara bagi kejohanan itu menyaksikan Azza Zainal sebagai juara bagi Kategori Junior Bawah 18 tahun yang telah mempamerkan aksi cemerlang semasa kejohanan. Manakala Ferry Greiner berkongsi mata yang sama, tetapi kalah pada sesi on countback (OCB).

Kategori Dewasa dimenangi oleh Tom Clarke manakala Kategori Wanita Dewasa dimenangi oleh Rosementa Nordin. Secara keseluruhannya, kejohanan itu merupakan satu kejayaan bagi JIS kerana dapat menggalakkan pemain muda bermain golf.

Di JIS, sukan golf dijadikan sebagai sukan pilihan dalam program CCA sekolah dan kini mempunyai 25 pelajar dan guru yang menyertai program CCA tersebut setiap minggu dan kemahiran mereka dalam sukan golf turut semakin meningkat. Hari Golf Keluarga turut diharap dapat memupuk minat dan cinta mereka kepada sukan golf dalam komuniti JIS.

Selaku penganjur kejohanan golf dan guru JIS, Mahesh Chauhan, ingin mengucapkan terima kasih kepada para penaja kejohanan, Hotel Radisson dan Aewon.

Azza Zainal, juara Kategori Junior Bawah 18 tahun kejohanan Hari Golf Keluarga JIS. – Gambar oleh JIS