ROM, 10 Ogos – Jurulatih Itali Giampiero Ventura menandantangani kontrak baru untuk dua tahun lagi membimbing Azzurri ke Kejuaraan Eropah 2020, Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengumumkan semalam.
Bekas jurulatih Torino, 69, menandatangani persetujuan selama dua tahun selepas Antonio Conte meninggalkan pasukan tersebut untuk menyertai Chelsea pada Jun tahun lepas.
Tetapi rekodnya untuk memenangi tujuh daripada 10 perlawanan yang dibimbingnya yang meyakinkan presiden FIGC Carlo Tavecchio untuk melanjutkan kontraknya sehingga Piala Dunia 2018 di Rusia.
“Presiden persekutuan mengumumkan lanjutan kontrak jurulatih pasukan kebangsaan itu sehingga kejuaraan Eropah seterusnya (2020),” kata FIGC dalam satu kenyataan.
Itali berada di tangga kedua Kumpulan G bagi kelayakan Piala Dunia Eropah 2018 dengan lima kemenangan dan sekali seri daripada enam perlawanan membolehkannya menduduki tangga kedua di belakang Sepanyol dengan perbezaan jaringan.
Itali dan Sepanyol yang seri 1-1 dalam aksi kelayakan sebelum ini, beraksi di Madrid pada 2 September dalam pertembungan penting di mana hanya pasukan tangga teratas kelayakan layak secara langsung bagi Piala Dunia di Rusia.
Tevecchio memuji Ventura dengan mencergaskan semula pemenang Piala Dunia empat kali itu sejak setahun lalu.
“Dia (Ventura) juga membangunkan projek teknikal yang dirizabkan bagi pemain muda,” tambah FIGC. – AFP